Sebenarnya saya sangat malu dengan apa yg berlaku berpunca dari kenyataan saudara NIK ABDUH yang sengaja menimbulkan suasana yang tidak baik dalam jemaah PAS. Sekalipun beliau adalah sepupu saya, namun saya rasa terpanggil untuk memberi komen tentang apa yang beliau tulis dalam blognya tentang pembantu2 ayahandanya. Kenyataan beliau melalui blognya yang menghentam saudara2 seperjuangan tersebut dengan perkataan umum itu boleh mengundang fitnah yang besar dan merugikan perjuangan sebenarnya. Abduh menulis menggunakan pelbagai istilah yang sepatutnya tidak digunakan oleh seorang yang matang dan berpendidikan agama seperti beliau. Istilah2 tersebut seperti "mereka yang hanya belajar ugama sekadar ‘mi celup', lalu mendakwa diri mereka pun ulama juga" istilah pejuang nafsu dan sebagainya. Perkataan2 tersebut hanya menggambarkan sikap yang sangat angkuh beliau yang akan menjatuhkan martabat beliau sebagai org yang belajar agama yang mendalam. Sepatutnya beliau serahkan sahaja kepada Allah untuk menentukan niat baik/jahat pembantu2 TGNA tersebut kerana hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui apa yang di dalam hati manusia.
Dari penulisan beliau,satu lagi yang amat dikesali ialah, tergambar satu gambaran buruk terhadap ayahandanya (TGNA) bahawa ayahandanya bagai orang yang tidak bijak(bodoh) kerana boleh ditipu dengan mudah oleh pembantu2 beliau. Sedangkan ini perkara yg sangat mustahil kerana TGNA sangat faham dengan tipu helah UMNO yg inginkan PAS tersungkur. TGNA adalah org yang sangat berpengalaman dalam politik bahkan menjadi satu gambaran kepada masyarakat umumnya bahawa kemenangan PAS di kelantan berpunca daripada ketokohan tok guru. Beliau sepatutnya sedar apa yang dilakukan oleh Presiden dan Timbalanya ketika mereka mengadakan muzakarah dengan UMNO satu ketika dulu yang sangat2 membelakangi Ayahandanya sebagai Mursyidul Am sehinggakan 3 kali perjumpaan dengan UMNO tidak dimaklumkan kepada TGNA sebagai pemimpin tertinggi parti. Suatu perkara yang tidak boleh diterima langsung oleh ahli2 PAS ialah mereka mengadakan perbincangan ini dengan orang2 dalam UMNO seperti KHIR TOYO yang boleh diistilahkan "tetap pancung sekalipun bergantung dikelambu KA'BAH".
Dengan itu saya nasihatkan kepada beliau agar memohon maaf secara terbuka kepada semua ahli2 PAS kerana telah menimbulkan suasana yang tidak baik dalam sebuah jemaah yang memperjuangkan satu perjuangan Islam. Suasana ini sangat tidak disukai oleh ahli-ahli PAS yang tidak berkepentingan serta telah banyak menghabiskan masa, tenaga, wang ringgit serta maruah demi sebuah perjuangan yang suci.
Mengenai tulisnya, ((selepas diadakan "pertemuan kurang sepuluh mata" bersama presiden PAS, Nik Aziz tidak lagi menyerang isu tersebut.
"Ertinya sesuatu yang baru dan meyakinkan telah diperolehinya daripada TGHH. Itulah yang disembunyikan secara sengaja daripadanya (Nik Aziz)"(Bagaimanapun), selepas pertemuan ayahanda dengan ulama PAS di JKR 10 (kediaman rasmi menteri besar Kelantan) beberapa bulan lalu, ayahanda menerima muzakarah atau muqabalah selepas bermatian menolaknya)) bukan bererti TGNA menerima kerajaan perpaduan, tetapi sebagai jalan perdamaian bagi meredakan pergolakan yang dimulakan oleh Presiden PAS tersebut. Namun setelah presiden melanggar perdamaian tersebut dan berterusan membuat kenyataan yang meragukan, menyebabkan TGNA kembali mengeluarkan kenyataan yang lebih keras. Ini terbukti setelah TOK GURU NIK AZIZ mengeluarkan kenyataan yang pedas iaitu "saya nakhoda kapal, jangan jadi 2 orang nakhoda" dan juga kenyataan "biar Mmuktamar yang menentukan dan buat keputusan" menunjukkan prinsip TGNA yang masih tidak bersetuju dengan kerajaan perpaduan kerana muktamar PAS yang berlangsung di ipoh tahun lepas menolak sebarang kerjasama politik dengan UMNO dan memperkuatkan pakatan rakyat.
Mengenai kenyataan TGNA yang kononnya bersetuju dengan kerajaan perpaduan "bersedia menerima kerajaan perpaduan dengan syarat BN bersedia memberi jawatan-jawatan penting untuk diterajui parti itu, seperti menteri kewangan dan menteri pendidikan" bukan bererti beliau setuju, cuma satu ayat yang menunjukkan cara TGNA berlembut dalam membuat kenyataan. Ini kerana kementerian kewangan dan pendidikan merupakan 'langkah mayat umno dulu kalau nak' pasti telah diketahhui oleh TGNA. Jadi mengemukakan syarat yang mustahil adalah satu simbolik yang sangat bijak diluahkan oleh org yang lama dalam politik demi menggunakan kata-kata yang lembut. Orang yang belajar ilmu mantiq yang tinggi pasti sangat faham dengan istilah tersebut umpama syarat menyediakan 7 gantang hati nyamuk jika nak kahwin dengan puteri gunung ledang.
akhir sekali saya memohon maaf kepada sepupu saya Nik Abduh sekiranya tersinggung dengan apa yang saya tulis ini, namun saya terpaksa tulis memandangkan suasana yang dicetuskan oleh saudara sangat tidak disenangi oleh ahli2 PAS di peringkat bawahan. Janganlah segan silu untuk memohon maaf secara terbuka kerana sikap keterbukaan memohon maaf adalah sikap orang yang sangat bermoral dan itulah sikap lelaki sejati yang sanggup memohon maaf bila tersilap.
Allahua'lam..
Thursday, April 30, 2009
Tuesday, November 18, 2008
PANTUN PEMILIHAN UMNO
PM kita namanya Pak Lah,
timbalannya nama Najib,
kejahatan mereka amat terserlah,
songlap duit negara acara wajib.
ramai2 mendaki gunung daik,
gunung didaki bersama habib,
paklah nampak macam baik,
salahnya bersubahat dengan najib.
najib nanti ganti paklah,
muhyiddin pula ganti najib,
rakyat pasti jadi susah,
rasuah jadi rakan karib.
pemilihan umno mac depan,
jaga hangpa tak sokong najib,
bukan saja buang keanggotaan,
musuh semua kena tatatertib.
pertahan jawatan demi wang,
slogan guna kehendak akar umbi,
bila nanti aku dah menang,
cakap apa nak aku bagi.
pusat, pemuda, wanita dan puteri,
semua mereka sama saja,
cuba hang buat mcm NAZRI,
nanti kelak berputih mata.
konon2 nak kuatkan bangsa,
muhyiddin, muhd taib dan muhd Ali,
konon mahathir wira bangsa,
padahal dia pengasas korupsi.
Khir toyo, mukhriz dan khairi,
konon2 nak jadi ketua pemuda,
semua berkata nak angkat parti,
padahal mereka sama sahaja.
bila saja dapat kuasa,
duit jadi idaman hati,
main betina sapa nak kata,
cubalah kalau rasa berani.
ISA jadi senjata,
akta hasutan dok menanti,
cubalah kalau hang nak rasa,
tak kira anwar ke hj hadi.
kes altantuya mencemar negara,
kita rakyat merasa malu,
CR4 boleh dia guna,
dari mana dia berguru.
sudah jatuh ditimpa tangga,
yang miskin makin merana,
yg memimpin bersuka ria,
dengan betina amalan biasa.
pemilihan UMNO menjelang tiba,
bulan mac jadi penanti,
tepuk dada tanya selera,
waktu perwakilan jual undi.
timbalannya nama Najib,
kejahatan mereka amat terserlah,
songlap duit negara acara wajib.
ramai2 mendaki gunung daik,
gunung didaki bersama habib,
paklah nampak macam baik,
salahnya bersubahat dengan najib.
najib nanti ganti paklah,
muhyiddin pula ganti najib,
rakyat pasti jadi susah,
rasuah jadi rakan karib.
pemilihan umno mac depan,
jaga hangpa tak sokong najib,
bukan saja buang keanggotaan,
musuh semua kena tatatertib.
pertahan jawatan demi wang,
slogan guna kehendak akar umbi,
bila nanti aku dah menang,
cakap apa nak aku bagi.
pusat, pemuda, wanita dan puteri,
semua mereka sama saja,
cuba hang buat mcm NAZRI,
nanti kelak berputih mata.
konon2 nak kuatkan bangsa,
muhyiddin, muhd taib dan muhd Ali,
konon mahathir wira bangsa,
padahal dia pengasas korupsi.
Khir toyo, mukhriz dan khairi,
konon2 nak jadi ketua pemuda,
semua berkata nak angkat parti,
padahal mereka sama sahaja.
bila saja dapat kuasa,
duit jadi idaman hati,
main betina sapa nak kata,
cubalah kalau rasa berani.
ISA jadi senjata,
akta hasutan dok menanti,
cubalah kalau hang nak rasa,
tak kira anwar ke hj hadi.
kes altantuya mencemar negara,
kita rakyat merasa malu,
CR4 boleh dia guna,
dari mana dia berguru.
sudah jatuh ditimpa tangga,
yang miskin makin merana,
yg memimpin bersuka ria,
dengan betina amalan biasa.
pemilihan UMNO menjelang tiba,
bulan mac jadi penanti,
tepuk dada tanya selera,
waktu perwakilan jual undi.
Tuesday, August 19, 2008
Saya Sedia Tanding Timbalan Presiden PAS
Bukan ingin menyatakan saya orang yang layak untuk memegang jawatan itu, bahkan langsung saya tidak layak bagi jawatan tersebut. Namun kenyataan saya ini adalah kelangsungan rasa kecewa dengan pimpinan PAS terutamanya Timbalan Presiden yang dilihat tidak menguntungkan PAS dalam banyak perkara.
Beliau banyak bertindak dan mengeluarkan ucapan yang mengecewakan ramai ahli diperingkat akar umbi seperti saya. Saya terlalu mengharapkan ada orang yang selayaknya untuk bertanding diperingkat Timbalan Presiden ini agar saya tak perlu membuat tawaran untuk bertanding jawatan tersebut.
Secara peribadi, orang yang paling layak untuk memegang jawatan timbalan Presiden PAS ialah dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Namun sikap beliau yang sentiasa menarik diri ketika dicalonkan ke jawatan Timbalan atau Naib Presiden sangat mengecewakan banyak pihak yang terlalu mengharapkan pemimpin berwibawa mengemudi barisan hadapan PAS.
Memandangkan Pas merupakan sebuah jemaah yang memilih politik demokrasi pilihanraya, maka PAS sangat memerlukan pimpinan yang mempunyai daya fikir politik yang tinggi seperti Tok Guru Nik Aziz. Kehebatan politik Tok Guru jauh lebih tinggi dan matang jika nak dibandingkan dengan Presiden Pas sekarang ini yang mana Tuan Presiden dilihat mempunyai sikap terlalu keras dan lemah daya saing politiknya.
Dalam isu kongsi kuasa dengan UMNO baru2 ini dilihat PAS hampir-hampir tumbang di kaki politik UMNO. Namun dengan kebijaksanaan TOK GURU NIK AZIZ menyelamatkan PAS dari menelan tipu daya UMNO tersebut. Beliau adalah antara orang yang mempertahankan tidak akan ada kongsi kuasa dengan Umno kecuali PAS akan mengalami perpecahan besar. Sekiranya PAS baru-baru ini menerima tawaran UMNO seperti yang di kehendaki oleh beberapa orang pimpinan tinggi PAS, pasti sesuatu diluar jangkaan mereka yang cetek politiknya akan berlaku dan apa yang dikatakan oleh TOK GURU, PAS akan mengalami perpecahan besar akan jadi realiti.
Bila sahaja PAS keluar dari pakatan rakyat, UMNO pasti akan melaksanakan pelan politiknya termasuk tidak mustahil diwaktu itu Parlimen akan dibubarkan untuk pilinraya umum baru dan PAS serta Pakatan Rakyat (waktu tu mungkin PKR dengan DAP sahaja) akan mengalami kekalahan teruk. Ini memandangkan semangat jentera pilihanraya dari parti-parti tersebut tidak akan mempunyai semangat juang seperti pilihanraya umum baru-baru ini. Tambahan pula dana pilihanraya PAS pasti terlalu kecil untuk dikumpulkan dalam masa yang singkat serta ahli-ahli pas tidak akan bergadai untuk penuhkan tabung pilihanraya PAS memandangkan parti mereka telah melakukan kesilapan besar dalam perkongsian kuasa dengan UMNO. Namun kita bersyukur kerana Allah masih memelihara orang seperti Tok Guru Nik Abd Aziz yang dilihat menyelamatkan PAS baru-baru ini.
Atas dasar inilah saya berpandangan bahawa Presiden dan Timbalan Presiden mesti diberi peluang kepada Orang lain dalam menentukan masa depan PAS yang lebih cemerlang. Wallahu A'lam

Thursday, August 7, 2008
Sunday, August 3, 2008
Jadikan PROTON milik PETRONAS
Proton tak habis-habis dengan kemelut yang melanda yang pasti merugikan syarikat automotif nasional itu. Terbaru ialah kenyataan kerajaan Terengganu tentang kos penyenggaraan Perdana V6 yang terlalu tinggi dan Mudah rosak pasti meresahkan pengguna kereta Nasional itu. Namun persoalannya betul kah kereta buatan PROTON itu mudah rosak. Tidak boleh dinafikan lagi melalui pelbagai kenyataan banyak pihak dan kebanyakannya pula ialah dari pihak kerajaan sendiri mengatakan kereta Nasional yang menjadi kebanggaan Negara dan rakyat semua itu sememangnya manja jika dibandingkan dengan jenama kereta lain seperti Toyota, Nissan, Ford dan lain-lain.
PROTON mesti bergerak lebih laju dalam merealisasikan harapan bangsa malaysia bagi menjadikan jenamanya gah dimata dunia. Untuk mencapai impian tersebut, PROTON hendaklah meningkatkan kualiti serta teknologi agar ianya setaraf dengan jenama-jenama lain seperti nissan, mazda dan lain-lain yang sudah dikenali. Namun menjadi sesuatu yang agak mustahil bagi proton untuk melabur sejumlah modal yang besar bagi menghasilkan produk yang canggih, tetapi tidak mempunyai pasaran yang luas untuk meraih kembali keuntungan dari pelaburan besar tersebut. Kerajaan hendaklah memikirkan sesuatu yang terbaik bagi membuka peluang untuk PROTON gah bersaing di peringkat dunia.
Dalam aspek ini adalah lebih baik sekiranya PROTON dimiliki oleh PETRONAS. Pasti sesuatu yang tidak akan mengecewakan sekiranya pegangan saham proton oleh Khazanah dibeli oleh PETRONAS. PETRONAS dilihat sebuah GLC yang lebih mampu untuk membawa PROTON ketahap yang paling gemilang memandangkan PETRONAS mempunyai kedudukan tersendiri dalam dunia permotoran seperti penghasilan enjin EO1 serta teknologi yang dimiliki disamping PETRONAS sudah lama menaja pasukan F1 iaitu pasukan SAUBER PETRONAS. Jadi ianya bukan sesuatu yang mustahil bagi petronas disamping keutuhan ekonominya yang pasti dilihat mampu membawa PROTON sehebat jenama lain dalam dunia Automotif. Rakyat malaysia pasti akan berbangga sekiranya PROTON suatu hari nanti akan dikenali melalui "PODIUM F1" hasil dari perancangan kerajaan yang bijak.

Friday, August 1, 2008
Barack Obama, Lewis Hamilton dan Anwar
Tiga nama ini bakal menggegarkan dunia serta akan mengukir sejarah tersendiri dalam kategori masing-masing. Barack Obama cuma selangkah bagi menjadi presiden pertama kuasa besar dunia dan sebuah negara termaju. Kemungkinan bakal menjadi presiden kulit hitam pertama dalam sejarah politik Amerika yang pasti akan mengubah suasana politik dunia sekarang ini. Lewis Hamilton pula dilihat paling layak untuk dinobatkan sebagai juara F1 termuda dalam sejarah serta peserta F1 kulit hitam pertama. Sekalipun masih berbaki lapan perlumbaan yang akan diharungi, namun kehebatan beliau diatas litar samada litar basah atau kering, jika tidak diganggu dengan nasib malang teknikal, pasti beliau akan mengukir sejarah hebat dalam kancah sukan permotoran berprestij ini. Kedua-dua nama ini dilihat sangat bijak mencari ruang dan memanfaatkan sebaik mungkin peluang yang terbentang dengan begitu matang walaupun mereka merupakan orang yang muka baru dalam bidang masing-masing. Hamilton, walaupun baru semusim dalam kancah perlumbaan F1, namun dilihat mudah memiliki kemahiran yang amat sukar diperolehi oleh pelumba-pelumba lama lain. Dengan kemahiran mengambil selekoh dengan kawalan stereng yang begitu cekap memastikan jentera yang dipandu tidak mudah terbabas walupun kelajuan ketika mengambil selekoh itu lebih laju dari pelumba lain. Inilah kelebihan yang jarang dimiliki oleh orang lain.
Anwar pula dilihat mempunyai kemahiran dengan selok belok politik tanah air yang rumit dengan permainan politiknya yang matang dilihat bakal mencipta sejarah tersendiri yang pastinya akan menggegarkan media diseluruh dunia tidak lama lagi. Ilmu politiknya dilihat lebih bijak dan hebat dari ilmu politik mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr M. yang menyebabkan beliau dipecat dengan cara tidak adil memandangkan jangkaan Dr M. ketika itu bahawa beliau boleh tumbang jika Anwar tidak dibuang dari dunia politik Umno yang diceburinya. Dalam politik, setiap perkataan akan memberi kesan kepada masa depan diri dan juga parti yang diwakili. Namun Anwar dilihat sangat bijak dalam mengharungi sebarang keadaan yang dihadapi.
Namun dimalaysia ini akan ada satu lagi nama Anwar yang akan menggegarkan negara dan bakal memahat sejarah tersendiri tidak lama lagi jika diizinkan Allah. Siapakan Anwar itu? kita nantikan dan lihat apa yang telah termaktub bakal berlaku...

Saturday, July 26, 2008
Nik Aziz Ajak Umno Tubuh Parti Baru Satukan Orang Melayu
26 Julai, 2008 18:54 PM
MACHANG, 27 Julai (Bernama) -- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mencadangkan supaya UMNO dan parti itu dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.
Beliau berkata Islam menepati semua matlamat perjuangan termasuk politik dan perlu dijadikan asas kepada perjuangan mana-mana parti politik yang inginkan kepada perjuangan sebenar.
"UMNO bubar PAS pun bubar, tubuh parti lain dengan syarat berdasarkan kepada Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS Kelantan ke-37 di sini, hari ini
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata UMNO tidak ada sebab untuk menolak dasar Islam yang dicadangkan oleh PAS melalui parti itu kerana Islam milik semua kaum termasuk bukan Melayu di negara ini.
"Kalau tidak kena dengan Islam di mana-mana, cuba beritahu dan kalau UMNO itu benar dan tidak bertentangan dengan agama cuba beritahu," katanya ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang membayangkan kemungkinan diadakan kerjasama politik dengan PAS suatu masa nanti.
Nik Abdul Aziz berkata dengan cara demikian ia dapat mengembalikan kekuatan Islam di negara ini di samping merapatkan hubungan antara kaum termasuk bukan Islam.
"Islam untuk semua kaum, bukan untuk orang Melayu sahaja atau Cina, India dan Orang Putih, semua perlu bersatu di bawah Islam," katanya.
-- BERNAMA

Thursday, July 24, 2008
PAS parti kelam kabut
Kali ini saya terpanggil untuk menyentuh sedikit sebanyak tentang kemelut yang sering berlaku dalam PAS, boleh disifatkan sebuah parti yg sentiasa kelam kabut. pertama sekali saya memohon berbanyak kemaafan kepada penyokong PAS atas komen saya kali ini yang pasti kurang digemari oleh sebahagian penyokong PAS. Namun saya juga yakin sebahagian besar mereka sependapat dengan saya walaupun ianya agak pahit untuk diluahkan.
Komen ini adalah ikhlas dari hati saya sebagai seorang ahli seumur hidup pas dan pernah menjadi AJK pemuda Pas kawasan. Samada pemerhatian dari dalaman parti ataupun dari luaran parti, PAS sememangnya sebuah parti yang kelam kabut dan kurang bersistem. Ini memandangkan kuasa eksklusif pimpinan tidak didengari oleh pengikutnya dan sentiasa sahaja berlaku ketidak taatan pimpinan bawahan terhadap pimpinan atasan. tak perlulah saya ceritakan semuanya. Cuma sebagai contoh yang paling terbaru ialah macam mana berlaku dalam PAS betapa kelam kabutnya parti itu dalam isu muzakarah dengan UMNO. Macam mana umum melihat satu isu yang sangat besar ini para pimpinan PAS bertentangan pendapat sesama sendiri. sesuatu yang tidak lojik bila muzakarah dengan UMNO ini telah berjalan sebanyak tiga kali, namun Mursyidul Am Pas tidak dimaklumkan langsung tentang perkara ini. cuba bayangkan suatu hari nanti sekiranya Presiden PAS sekarang ini jadi Mursyidul Am pas, sesuatu isu sebegini tidak dimaklumkan kepada beliau. Waktu itu adakah beliau akan terasa bahawa beliau cuma umpama sebatang tunggul yang tidak diendahkan oleh mana-mana pimpinan bawahannya?
Sebagai sebuah parti yang memilih politik demokrasi, tak sepatutnya perkara sebegini berlaku yang pasti menampakkan kecelaruan kuasa eksklusif yang pastinya menjadi punca kelemahan sesebuah parti. Kemenangan PAS di beberapa buah negeri pada pilihanraya umum lalu bukanlah disebabkan kekuatan parti PAS itu, namun disebabkan oleh kelemahan yang keterlaluan UMNO dengan Izin Allah. Pemimpin PAS mesti sedar parti tersebut boleh tumbang bila-bila masa sahaja termasuk di Kelantan jika mereka keluar dari pakatan rakyat. Ini terbukti bila mana umno di negeri Terengganu masih disayangi rakyat sekalipun negeri tersebut merupakan negeri Presiden PAS dan beberapa orang pimpinan tinggi PAS. Namun UMNO di Terengganu tidak selemah UMNO di negeri lain seperti Kedah yang mana boleh dilihat berlaku sabotaj dari kumpulan pro Tun Dr M bagi melemahkan pemerintahan Pak Lah. Ianya boleh dianggap sebagai bonus kepada PAS, namun mereka mesti ingat bahawa kemenangan PAS bukan disebabkan kerana kekuatan PAS dan mereka boleh tumbang bila-bila masa sahaja sekiranya UMNO kembali kuat. UMNO pula akan kuat bila-bila masa sekiranya ekonomi negara kembali pulih yang mana akan menarik kembali sokongan kaum Tiong Hua untuk menjadi undi penentu untuk kemenangan mereka.
Jadi, bagi para pemimpin PAS, janganlah terlalu mendabik dada dengan undi ujian dari rakyat jelata. Ingatlah bahawa undi ujian telahpun diberi kepada PAS di Terengganu pada tahun 1999 dulu. jangan jadikan ianya berulang lagi.

Thursday, July 17, 2008
Negara kerugian sebab naik minyak
Walaupun pihak kerajaan persekutuan menyatakan bahawa negara mendapat penjimatan melebihi RM 13 Billion hasil dari kenaikan harga petrol dan diesel dalam negara sehingga 40%, namun hakikat sebenar Malaysia ini kerugian besar yang berganda kesan dari keputusan kenaikan harga minyak yang tidak bijak dibuat oleh kerajaan persekutuan yang diperintah oleh Barisan Nasional. Banyak perkara akan ditanggung kerugiannya oleh negara disebabkan kenaikan harga minyak yang terlalu mendadak. Namun disini ingin difokuskan tentang dua kerugian besar yang amat ketara kesannya terhadap ekonomi negara kita yang sekaligus memberi kesan menyiksakan terpaksa ditanggung oleh rakyat jelata samada rakyat kelas menengah dan bawahan.
Kerugian pertama dan terbesar ialah kemelesetan ekonomi domestik hasil kenaikan harga minyak tersebut. Disebabkan oleh kemelesetan ekonomi yang ketara pasti akan dirasai oleh rakyat dan negara, maka apalah sangat nilai penjimatan RM 13 billion tadi jika dibandingkan dengan kesengsaraan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat jelata. Namun bagi pak-pak menteri yang bergaji tetap berelaun puluhan ribu ringgit sebulan serta kekayaan yang dah mereka miliki hasil ketirisan wang negara kedalam poket mereka yang telah mereka kecapi selama ini tidak memberi sebarang kesusahan terhadap mereka. Mereka sebenarnya telah lama hidup dalam budaya 'bayar dan claim' menyebabkan apa jua tindakan yang ingin mereka ambil tidak difikirkan kesannya terhadap kehidupan rakyat.
Rakyat tidaklah merasakan tekanan yang serius sekiranya kenaikan harga minyak ini tidak memberi kesan ekonomi terhadap mereka seperti perniagaan mereka terpaksa gulung tikar, peluang pekerjaan yang semakin hilang, pengusaha-pengusaha bas terpaksa menaggung kerugian, pengusaha hotel perlu mengikat perut, tokey-tokey restoran mengurangkan pekerja, kilang-kilang mula memikirkan untuk memindahkan kilang mereka ke Indonesia atau Thailand demi menjimatkan kos buruh, Peniaga-peniaga alat-alat aksesori tak lena tidur malam kerana perniagaan seumpama ini bukan keperluan asas masyarakat, dan bermacam-macam lagi sektor ekonomi domestik negara yang terpaksa menanggung kesan buruk akibat kenaikan harga minyak ini. Rupa-rupanya pemimpin BN ni pandai cakap je na?... Kesian rakyat yang tanggung...
Kerugian kedua yang sangat ketara ialah hasil kenaikan harga minyak dalam negara ialah peningkatan kos yang berganda seperti bahan binaan sekalipun bahan-bahan tersebut merupakan bahan tempatan seperti semen, besi, batu, pasir, dan kos penambakan yang menjadi asas kepada segala projek. Kalaulah sebelum ini untuk pembinaan sebuah sekolah perlukan perbelanjaan mencecah RM 20 juta, namun selepas kenaikan harga minyak dianggarkan kos tersebut boleh mencecah RM 40 juta. Maka kerajaan perlu menanggung kos yang meningkat tersebut yang terlalu besar. sebagai contoh, pembatalan beberapa projek yang disebut penagguhan projek oleh kerajaan pusat seperti penangguhan pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang, bukan kerana lain tetapi kerana kenaikan kos yang terlalu tinggi sekalipun pembinaan itu cuma melibatkan bahan-bahan dalam negara. inilah yang disebut kesan ketara kerugian hasil dari kenaikan harga minyak domestik. Apa sangat lah penjimatan RM13 billion sedangkan kebanyakan projek yang sedang dilaksanakan sekarang terpaksa ditambah kosnya oleh kerajaan, sedangkan projek-projek mega untuk rakyat terpaksa ditangguhkan, sedangkan banyak projek pemaju perumahan yang sedang dibangunkan terpaksa jadikan projek mereka projek terbengkalai yang mana penanggungnya bukan sahaja pemaju tersebut, juga pembeli dikalangan rakyat jelata terpaksa membayar pinjaman perumahan sedangkan rumah yang mereka beli sudah jadi rumah terbengkalai.
isk banyak lagi lah kalau nak berleter ke Pak Lah and the Gang nih.. memang mereka ni tak fikir panjang kepentingan kita rakyat ni... ok lah.. penat lah nak tulis komen depa nih.. banyak sangat kepincangan.. nak jadi menteri tapi otak singkat.. tak usah lah.....

Saturday, July 5, 2008
Bersumpah Dengan Menjunjung Al-Quran Tentukan Kebenaran, Kata Tok Guru
KOTA BAHARU, 4 Julai (Bernama) -- Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata "mubahalah" atau bersumpah dengan menjunjung al-Quran adalah cara untuk menentukan kebenaran dan juga sesuatu yang dituntut dalam Islam.
Sambil menyokong cadangan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berhubung perkara itu, beliau berkata melalui cara demikian, Allah SWT boleh melaknatkan mana-mana pihak yang bersalah.
"Dalam Quran sudah menyebut, setelah sudah tiada ikhtiar lagi dalam menyelesaikan kemelut yang memalukan itu, siapa yang tidak bersalah Tuhan tolong," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.
Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata demikian sebagai mengulas cadangan Mohd Asri supaya kedua-dua individu yang dikaitkan dengan kes liwat iaitu Penasihat Parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan "bermubahalah" atau bersumpah.
Dalam kenyataannya semalam, Mohd Asri berkata isu liwat yang membabitkan Anwar sudah semakin rumit dan rakyat pula menjadi keliru.
-- dipetik dari BERNAMA

Subscribe to:
Posts (Atom)